Sunday, July 25, 2010

SKO Monthly Medal (July)


Assalamualaikum...

Tanggal 24 hb Julai yang lalu, SKO Petanque Club telah mengadakan pertandingan Monthly Medal July di padang MYY Miri Sarawak. Pertandingan ini terbuka untuk ahli-ahli SKO Petanque Club dan monthly medal merupakan acara bulanan.Pertandingan ini disertai 7 pasukan dalam acara double. Pemenang Monthly Medal July adalah saudara Ibrahim dan Azmi yang berjaya mengalahkan Shairazi dan Horani. Tempat ketiga pula dimenangi Maryam dan Presiden SKO Petanque Club (En.Ghafar).

Dijangkakan untuk bulan Ogos dan September, SKO Petanque Club akan berehat sempena menghormati bulan yang mulia Ramadhan dan Syawal. Insyallah aktiviti kelab akan disambung kembali selepas menyambut aidilfitri pada bulan September nanti.

Perancangan seterusnya bagi SKO Petanque club adalah untuk mengadakan Monthly Medal October sebelum menghantar pasukan bagi menyertai Pertandingan Petanque Kebangsaan di Santubong, Kuching, Sarawak. Insyallah SKO Petanque akan menghantar sekurang-kurangnya 5 pasukan bagi menyertai pertandingan Double tersebut. Majulah Petanque untuk SKO !!


Pemenang Tempat KE-3: Hj Ghafar & Maryam
Ke-2: Shairazi & Horani
Tempat Pertama Monthly Medal JULY: Azmi & Ibrahim


Sekian Daripada:
Admin SKO Petanque Club Website

Thursday, July 22, 2010

1st Borneo Inter Club Petanque Tournament



Lagi video sepanjang pertandingan sila layari laman web di bawah:

http://www.youtube.com/user/PetongSKO