Friday, August 20, 2010

Sunday, July 25, 2010

SKO Monthly Medal (July)


Assalamualaikum...

Tanggal 24 hb Julai yang lalu, SKO Petanque Club telah mengadakan pertandingan Monthly Medal July di padang MYY Miri Sarawak. Pertandingan ini terbuka untuk ahli-ahli SKO Petanque Club dan monthly medal merupakan acara bulanan.Pertandingan ini disertai 7 pasukan dalam acara double. Pemenang Monthly Medal July adalah saudara Ibrahim dan Azmi yang berjaya mengalahkan Shairazi dan Horani. Tempat ketiga pula dimenangi Maryam dan Presiden SKO Petanque Club (En.Ghafar).

Dijangkakan untuk bulan Ogos dan September, SKO Petanque Club akan berehat sempena menghormati bulan yang mulia Ramadhan dan Syawal. Insyallah aktiviti kelab akan disambung kembali selepas menyambut aidilfitri pada bulan September nanti.

Perancangan seterusnya bagi SKO Petanque club adalah untuk mengadakan Monthly Medal October sebelum menghantar pasukan bagi menyertai Pertandingan Petanque Kebangsaan di Santubong, Kuching, Sarawak. Insyallah SKO Petanque akan menghantar sekurang-kurangnya 5 pasukan bagi menyertai pertandingan Double tersebut. Majulah Petanque untuk SKO !!


Pemenang Tempat KE-3: Hj Ghafar & Maryam
Ke-2: Shairazi & Horani
Tempat Pertama Monthly Medal JULY: Azmi & Ibrahim


Sekian Daripada:
Admin SKO Petanque Club Website

Thursday, July 22, 2010

1st Borneo Inter Club Petanque Tournament



Lagi video sepanjang pertandingan sila layari laman web di bawah:

http://www.youtube.com/user/PetongSKO

Sunday, June 6, 2010

Latihan Pointing dan Shooting

Berikut merupakan 15 langkah latihan untuk pointing dan shooting. Namun ia bergantung kepada tempoh masa yang ada bagi setiap sesi latihan. Juga berpandukan objektif latihan samada untuk latihan shooting ataupun latihan poiting.

Langkah 1:
Panaskan badan dengan memusing-musingkan 2 biji boule di atas tapak tangan anda. Kemudian pusingkan bahu dengan pusingan yang kecil ke pusingan yang lebih besar secara bertahap-tahap. Baling boule dengan balingan yang sederhana dan elakkan bermula tanpa panaskan badan dan terus membaling pada jarak 10M.

Langkah 2:
Asas Pointing: Berlatih balingan rolling, half lob dan full lob untuk jarak 6m,8m dan 10m. Gunakan balingan dalam keadaan duduk bagi jarak balingan yang dekat dan berdiri bagi jarak balingan yang lebih jauh.

bsmbg......

Tuesday, May 25, 2010

2010 Tournament

1. Miri Closed Double ( 19-20 June 2010)
Fee: RM 40.00 & student:RM 20.00

2. Kejohanan Petanque Piala SHOAW 2 (Triple), Matang,Kuching. ( 26-27 June 2010)
Fee: RM 70.00

3.Sri Aman Open Triple Petanque (3-4 July 2010)

4. 1st Inter Club Borneo Petanque Championship Triple & Shooting (Brunei Darussalam)
Fee= RM 180.00 (pakej Penginapan)

5. Pertandingan Double Petanque MERDEKA Jemputan RT (OPEN) @ Gelangang Petanque MYY Bandaraya Miri.


Wassalam.
ADMIN SKO PETANQUE WEBSITE